Kisah
ini adalah tentang seorang pelajar sekolah tanya cikgu dia macamana nak
pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang. Masa tu
cikgu dia tengah mengajar tentang kasih sayang dan cikgu tu suruh dia
pergi ke padang dan mengambil rumput yang paling cantik di depan mata
dia tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Bila dah petik,
terus ambil dan bawa ke kelas. Si pelajar tadi pun buatlah tapi bila
balik ke kelas tak ada pun rumput di tangan nya.
Cikgu: Mana rumput?
Pelajar:
Tadi cikgu kata pilih yang cantik, memang banyak yang cantik, tapi
cikgu kata petik yang paling cantik, saya pun mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi tapi saya tak jumpa yang paling cantik
pun bila dah sampai di hujung padang. Mungkin ada yang paling cantik di
belakang tapi cikgu tak bagi saya menoleh ke belakang lagi maka tiada
lah rumput yang saya petik.
Macam tu lah lebih kurang jawapan pelajar tu tadi.
Cikgu:
Itu lah kasih sayang. Bila kita dah jumpa yang kita sayang, kita
janganlah mencari yang lebih baik lagi. Hargailah orang yang ada di
depan kita sebaik-baiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi, yang berlaku
tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu takkan berulang lagi. Dan
ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan
paling baik. Walaupun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi orang yang
cantik dan baik di luar sana, macam rumput tadi.
Jadi maknanya di sini,
Hargailah mereka yang tersayang. Walaupun ada yang lagi cantik dan lebih bagus, mereka tetap istimewa selamanya
Ececehh
;p haha. Sebenarnya tak kira lah untuk lelaki atau pun perempuan, bila
dah ada orang yang kita sayang, fikir camni je lah, dia ni lah yang
terbaik untuk aku. Memang banyak kat luar sana yang lebih lagi
segala-galanya, tapi bila dah ada yang di depan mata, sila lah hargai.
Orang yang kita sayang itulah orang yang paling cantik, handsome, baik,
menarik, tertarik, kau memang the bomb lah kata ruffedge. hehe.
Bukan
apa, bila ada yang di kalangan kawan-kawan putus kasih ni, memang aku
sangat faham how they feel. Tipu lah aku tak pernah rasa kan, tapi
Alhamdulillah, Allah dah kurniakan seseorang yang lebih baik dan aku
sangat bersyukur dengan anugerah Allah itu. Terima kasih Allah.
Ada
orang cakap pada aku, ” Kenapa awak pilih dia, awak layak untuk dapat
seseorang yang lebih baik” Aku hanya tersenyum Aku yakin dengan
keputusan aku, aku tak salah membuat keputusan. Sebab aku kenal dia!
Orang lain tak kenal dia macam aku kenal dia. Jadi cukuplah aku
menyimpan semua itu dalam dasar hati aku yang paling dalam.
Eh,
terkeluar topik pulak, hahaha, apa yang aku nak sangat sampaikan kat
sini sebenarnya adalah kalau kita betul-betul ikhlas berkawan dengan
seseorang, insyaAllah, datanglah dugaan yang bagaimana pun, ribut taufan
macamana pun, insyaAllah, kita akan tetap berkawan dengan dia, dan
hanya dia. Tapi bila mana kita hanya berkawan hanya untuk suka-suka,
tiada tujuan, hanya sekadar “kawan-kawan aku ada, aku pun nak lah jugak
sorang”, rasanya tak perlu lah. Tak baik menyakiti hati orang. Ingat
lah, what goes around comes back around. Kalau pun tak jadi balik pada
diri sendiri, fikirkan adik-beradik kita yang lain dan juga
zuriat-zuriat yang bakal kita lahirkan pada masa depan.
Aku
tertarik dengan term makhluk perosak yang judinbo gunakan, tapi bagi
aku, kalau bertepuk sebelah tangan pasti tidak akan berbunyi. Tak
mengapalah, untuk semua yang di luar sana, jika ada yang pernah
mengalami, atau sedang mengalami putus kasih, anggaplah itu salah satu
ujian Allah buat kita, sentiasa lah bersangka baik dengan Allah, jika
ada walau sedikit rasa di hati ‘kenapalah Allah hilangkan pelangi indah
yang menyinari hidup aku selama ni’, jangan berfikir begitu, Dia
sebenarnya sedang menghantar matahari yang bersinar buat kita, yang jauh
lebih indah daripada pelangi itu. I know, easier said than done, tapi
percayalah, Allah sudah pasti merencanakan yang terbaik buat kita semua,
dengan syarat, kita tak lupakan Dia. Bila kita tak lupakan Dia, Dia
juga tak akan sesaat pun lupakan kita. Rahmat Allah itu sangat besar
jadi sentiasa lah dekatkan diri kita dengan Allah.
Dan
untuk yang disakiti, dikhianati, jangan pernah berdendam, jangan simpan
walau sedikit dalam hati kita. Itu ujian dari Dia yang di atas. Allah
tidak akan menurunkan ujian buat hambaNya melainkan Dia tahu bahawa
hambaNya itu mampu mengharungi ujian tersebut. Sesungguhnya Dia lebih
tahu. dan bersyukurlah apabila kita ditimpa ujian, itu salah satu tanda
kita disayangi oleh Dia. Orang yang kaya, hidup senang lenang tu pun
banyak ujian. Lagi dasyhat daripada orang yang hidup sederhana macam
kita semua ni. Tau apa ujiannya? Kaya tu lah. Kaya itu lah ujian buat
mereka. Jadi semua, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Planner
terbaik hanyalah Dia, Dia yang satu.

